- Tangan dan
kaki masih melengkuk
- Bayi anda yang baru
lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya
belum betul-betul lurus. Ini adalah normal, dan tangan dan kakinya akan
melurus apabila dia bertambah selesa dengan keadaan di luar perut anda.
- Refleksnya
yang masih primitif
- seperti menghisap dan
mengunyahkan tangannya/ Bayi baru lahir masih sedang mengubahsuaikan diri
kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim yang
selesa hangat dan selamat, dan inilah sebabnya kebanyakan bayi amat
gemarkan bedungan -- dibalut selamat dalam
selimutnya.
- Dikuasai
oleh kelaparannya
- Makanan adalah
perkara yang amat penting dalam kehidupan bayi baru lahir, dan tidur
adalah yang kedua penting.
- Kebanyakan bayi baru lahir
akan menyusu dua atau tiga jam sekali siang dan malam.
Pola tidur bayi seperti itu juga.
- Kebanyakan bayi baru lahir
tidur sejumlah 16 hingga 17 jam dalam masa 24 jam, tetapi ini meliputi
jumlah tidur yang tidak panjang masanya sebanyak lebih kurang lapan
kali.
- Menjelang akhir bulan, bayi
anda akan dapat menunjukkan satu pola menyusu dan tidur yang agak tetap.
Namun begitu, anda mungkin tidak mendapati sebarang pola yang tetap untuk
beberapa bulan lagi.
- Beberapa
bentuk komunikasi utama
- Dia giat mengekspresikan
dirinya dengan cara yang paling diketahuinya: menangis.
- Dia menghabiskan masanya
dengan melalui dan merentasi beberapa alam mengantuk, berjaga senyap dan
berjaga aktif.
- Sesudah melalui trauma
kelahiran, dia sekarang sedang cuba menguruskan kebanjiran pelbagai
rangsangan. Pada bulan ini bayi anda akan menjadi senyap dan tenang
apabila anda bercakap dengannya dengan suara lembut dan apabila anda
menegakkan badannya. Dia mungkin juga mengeluarkan bunyi "ah"
apabila dia mendengar suara anda dan melihat muka anda.
- Kebanyakan bayi suka
dipeluk, dibelai, dicium, diusap, diurut dan didukung. Sentuhan adalah
cara penting bagi anda berkomunikasi dengan bayi anda.
- Dia hanya melihat
wajah anda. Penglihatan bayi anda masih kabur dan samar-samar. Muka
anda adalah yang paling menarik baginya pada masa ini, selain dari objek
yang berkontras. Inilah sebabnya mainan hitam dan putih, dan
mainan gantungan dikenalkan. Sebenarnya, jangkauan penglihatan bayi baru
lahir hanya dalam lebih kurang 12 inci/30 sentimeter. Dalam erti kata
lain, bayi anda dapat melihat muka orang yang mendukungnya dengan jelas,
tetapi tak boleh nampak lebih jauh dari itu.
- Kajian menunjukkan bahawa
bayi lebih suka melihat muka orang daripada lain-lain pola atau warnaan.
Oleh itu, letakkan muka anda berhampiran dengan dengan bayi anda supaya
dia boleh mengkaji raut muka, hidung, mata dan mulut anda, dan
bercakaplah dengannya. Dari saat awal ini lagi, bayi telah boleh
mengecam muka dan gerak isyarat secara intuitif -- dan ada kalanya dia
mengajuk gerak-geri ini. Berilah bayi anda yang baru lahir peluang untuk
meniru dan mencontohi ekspresi muka anda dengan meletakkan muka anda
dekat dengan mukanya dan menjeler lidah atau meninggikan alis mata anda
beberapa kali. Kemudian ulangi. Berikan dia sedikit masa untuk meniru
ekspresi anda.
- Bayi anda akan menunjukkan
yang dia dirangsang berlebihan dengan menguap, mengalih pandangannya,
melengkuk badannya, memusing kepalanya, meragam atau menangis. Dia juga
akan memberitahu anda apa yang disukainya, dan percayalah, anda akan
memahami isyarat-isyaratnya dalam sedikit masa sahaja. Bayi kagum
akan refleksi mereka sendiri.
- Anda boleh menghiburkannya
dengan meletakkan cermin bayi yang tidak boleh pecah di katilnya untuk
dia bertatapan. Dia belum lagi dapat mengenali dirinya sendiri tetapi
akan memerhatikan pergerakan dalam cermin pada masa-masa tertentu. Gim
mainan yang dilengkapi dengan barang yang mampu menambat minat, barang
yang boleh dipukul dan mengeluarkan bunyi membolehkan bayi anda melatih
kemahiran mengkoordinasikan lengan, tangan dan jarinya -- dan dapat
mengurangkan kebosanan berbaring.
Blog ini sekadar catatan tentang kehidupan dan perkara yang menarik. Sekadar menghimpunkan pelbagai artikel dari blog dan web untuk dijadikan panduan yang berguna. Sesuatu untuk manfaat diri sendiri dan untuk dikongsi bersama. Enjoy reading...!
perkembangan di awal kelahiran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment