- Jika anda mengalami benjolan
bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang
kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan
"duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak
tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus
tersebut.
- Duktus tersumbat sebenarnya
adalah mastitis di peringkat awal. Duktus yang betul-betul
tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau
bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan
kadang-kala terdapat juga tompok merah. Sesetengah wanita akan
mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda
saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah
lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya
dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas
bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.
- "Duktus tersumbat"
(deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh
buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa
dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus
"mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu
ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan
keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.
- Perasaan seakan-akan
selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda
jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia
adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda
bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem
imuniti anda bertindak melawannya.
- Masalah duktus
tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan
efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda
dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah kami menunjukkan
bagaimana ini dilakukan. Adalah penting untuk bertindak dengan segera
supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi
mastitis sebenar.
- Penting untuk terus
menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap
mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
- Mempelbagaikan posisi
penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik. •
Mengambil panadol boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.
- Menggunakan pam buah dada
selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu. Mengurut buah
dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif. Meletakkan
kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas
dan urutan lembut juga boleh membantu. Jika simptom anda tidak
menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan
seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin
menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat
jangkitan.
Blog ini sekadar catatan tentang kehidupan dan perkara yang menarik. Sekadar menghimpunkan pelbagai artikel dari blog dan web untuk dijadikan panduan yang berguna. Sesuatu untuk manfaat diri sendiri dan untuk dikongsi bersama. Enjoy reading...!
Duktus tersumbat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Info yang baik dan berguna..
ReplyDelete