- Kajian terbaru mencadangkan
bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita
yang menyusui semasa tiga bulan pertama.
- Fokus ke atas pengambilan
bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan
sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin,
kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala
adalah okay).
- Pilih snek yang berkhasiat
seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada
roti gandum penuh.
- Adalah baik jika anda
menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan
dengan minyak sapi dan santan kelapa. Dalam sesetengah komuniti,
mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk
bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun,
pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda
kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas
menyusu.
- Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu
anda Pastikan anda minum banyak air – lapan
sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda
boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya
tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk
menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.
- Berjaga-jaga dengan
apa yang anda makan dan minum Dalam sesetengah budaya, seorang ibu
yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan
istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga Cina yang lebih
tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah
halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada,
herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan" badan. Semua
ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan
anda. Sila beringat bahawa bahan
seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh
meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya
secara berlebihan.
- Anda boleh mengetahui jika
anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia
akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas
menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atautidak lena tidur.
Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh
lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam
pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau
dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar
pediatrik anda untuk nasihat lanjut.
- Sesetengah wanita tahu
bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada
bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan
yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang
lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa
masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda –
beberapa punca kolikyang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis
Brussels
- Dapatkan zat besi yang
banyakBerusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.
- Kurangkan berat badan secara
perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak
dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan
membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskantoksin - yang
selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru
meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan
anda. Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang
terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu.
- Seorang ibu yang menyusui
membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna
wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan,
hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan
susu.
- Adalah baik menunggu
10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan
sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam
minggu selepas kelahiran bayi anda.
- Menghadkan
pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan
bekalan susu anda.
Blog ini sekadar catatan tentang kehidupan dan perkara yang menarik. Sekadar menghimpunkan pelbagai artikel dari blog dan web untuk dijadikan panduan yang berguna. Sesuatu untuk manfaat diri sendiri dan untuk dikongsi bersama. Enjoy reading...!
Diet untuk wanita sihat yang menyusui
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment