- Jika anda mengalami benjolan
bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang
kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan
"duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak
tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus
tersebut.
- Duktus tersumbat sebenarnya
adalah mastitis di peringkat awal. Duktus yang betul-betul
tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau
bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan
kadang-kala terdapat juga tompok merah. Sesetengah wanita akan
mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda
saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah
lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya
dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas
bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.
- "Duktus tersumbat"
(deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh
buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa
dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus
"mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu
ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan
keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.
- Perasaan seakan-akan
selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda
jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia
adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda
bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem
imuniti anda bertindak melawannya.
- Masalah duktus
tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan
efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda
dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah kami menunjukkan
bagaimana ini dilakukan. Adalah penting untuk bertindak dengan segera
supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi
mastitis sebenar.
- Penting untuk terus
menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap
mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
- Mempelbagaikan posisi
penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik. •
Mengambil panadol boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.
- Menggunakan pam buah dada
selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu. Mengurut buah
dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif. Meletakkan
kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas
dan urutan lembut juga boleh membantu. Jika simptom anda tidak
menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan
seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin
menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat
jangkitan.
Coretan mama S
Blog ini sekadar catatan tentang kehidupan dan perkara yang menarik. Sekadar menghimpunkan pelbagai artikel dari blog dan web untuk dijadikan panduan yang berguna. Sesuatu untuk manfaat diri sendiri dan untuk dikongsi bersama. Enjoy reading...!
Duktus tersumbat
Bagaimanakah saya boleh meningkatkan jumlah susu yang saya keluarkan?
- Lebih kerap
anda mengeluarkan susu, akan lebih banyak susu yang dihasilkan,
tetapi menyusukan dengan lebih kerap (selagi susu masih mengalir) adalah
lebih efektif daripada menyusukan dalam masa yang lebih panjang.
- Apabila anda berjauhan
dengan bayi anda, dan perlu mengepamkan susu keluar, cuba relaks ketika
itu dan fikirkanlah bayi anda bagi membantu merangsang refleks yang
menenangkan.
- Menggunakan pam secara
berganda mengambil masa yang lebih singkat. Juga, menyusukan bayi di
sebelah buah dada sambil mengepam buah dada yang lagi satu juga akan
mempercepatkan proses.
- Meletakkan flanel hangat
pada buah dada anda atau mandi air panas sebelum mengepam akan membantu
meningkatkan bekalan darah ke kawasan tersebut dan ia akan memudahkan lagi
proses pengaliran.
- Jika anda merancang untuk
kembali bekerja, anda akan merasa kurang tertekan jika anda sudah mula
mengepam beberapa minggu lebih awal. Ini bukan hanya memberikan masa untuk
anda berasa yakin dengan keupayaan anda untuk mengeluarkan susu, tetapi
anda juga akan mempunyai bekalan susu beku untuk kegunaan di masa
hadapan.
- Waktu terbaik untuk
mengeluarkan susu berbeza bagi setiap wanita tetapi buah dada anda
selalunya berasa lebih penuh pada waktu pagi. Pilih masa yang mana anda
tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu.
Diet untuk wanita sihat yang menyusui
- Kajian terbaru mencadangkan
bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita
yang menyusui semasa tiga bulan pertama.
- Fokus ke atas pengambilan
bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan
sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin,
kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala
adalah okay).
- Pilih snek yang berkhasiat
seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada
roti gandum penuh.
- Adalah baik jika anda
menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan
dengan minyak sapi dan santan kelapa. Dalam sesetengah komuniti,
mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk
bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun,
pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda
kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas
menyusu.
- Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu
anda Pastikan anda minum banyak air – lapan
sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda
boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya
tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk
menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.
- Berjaga-jaga dengan
apa yang anda makan dan minum Dalam sesetengah budaya, seorang ibu
yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan
istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga Cina yang lebih
tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah
halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada,
herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan" badan. Semua
ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan
anda. Sila beringat bahawa bahan
seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh
meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya
secara berlebihan.
- Anda boleh mengetahui jika
anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia
akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas
menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atautidak lena tidur.
Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh
lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam
pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau
dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar
pediatrik anda untuk nasihat lanjut.
- Sesetengah wanita tahu
bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada
bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan
yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang
lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa
masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda –
beberapa punca kolikyang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis
Brussels
- Dapatkan zat besi yang
banyakBerusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.
- Kurangkan berat badan secara
perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak
dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan
membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskantoksin - yang
selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru
meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan
anda. Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang
terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu.
- Seorang ibu yang menyusui
membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna
wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan,
hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan
susu.
- Adalah baik menunggu
10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan
sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam
minggu selepas kelahiran bayi anda.
- Menghadkan
pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan
bekalan susu anda.
Muntah: apa yang normal dan apa yang tidak normal
Adakah ia normal jika bayi saya muntah?
Ia adalah biasa jika bayi anda muntah dengan kerap pada
minggu-minggu awal apabila bayi anda sedang menyesuaikan diri kepada penyusuan
dan tubuh badan mereka sedang membesar. Anda boleh tahu perbezaan sama ada bayi
anda muntah atau hanya jeluak (mengeluarkan semula susu dengan jumlah yang
sedikit) sebab apabila muntah, ia akan keluar dalam jumlah yang banyak. Ini
juga akan menakutkan bayi anda, jadi mungkin dia akan menangis. Semua
perkara dari mabuk kereta hingga ketakcernaan boleh menyebabkan bayi anda
muntah – walaupun jika hanya menangis atau batuk yang berterusan, ia akan
merangsang refleks ini. Jadi bayi anda akan muntah dalam beberapa tahun pertamanya.
Muntah selalunya akan berkurangan dalam masa enam hingga 24 jam selepas ia
bermula, tanpa sebarang rawatan tertentu selain dari perubahan dalam diet.
Sekiranya bayi anda sihat dan berat badannya bertambah, anda tidak perlu
risau. Bilakah saya perlu risau? Semasa beberapa bulan pertama bayi
anda, muntah adalah disebabkan masalah penyusuan seperti terlebih menyusu.
Selepas beberapa minggu pertama, ia mungkin disebabkan oleh virus dalam perut
walaupun muntah adalah tanda jangkitan dalam sistem respiratori, saluran
urinari atau telinga. Apabila anak anda semakin membesar, ia mungkin
adalah simptom penyakit yang lebih serius. Jangan teragak-agak untuk
menghubungi doktor anda jika tanda-tanda berikut ada pada bayi anda:
• sakit abdomen yang teruk
• abdomen yang bengkak
• lesu atau meragam yang teruk
• kekejangan
• muntah berterusan yang teruk atau muntah berterusan selama lebih 24 jam
• tanda-tanda penyahhidratan termasuk mulut yang kering, kurang air mata, kemurungan "titik lembut" di kepala bayi anda dan kurang kencing (menggunakan kurang daripada enam lampin sehari dari kencing);
• darah atau hempedu (bahan berwarna hijau) dalam muntah
Sedikit darah di dalam muntah selalunya tidak perlu dirisaukan. Ini boleh berlaku apabila kekuatan memuntahkan menyebabkan koyakan kecil dalam salur darah yang melapisi esofagus. Muntah bayi anda juga berwarna sedikit merah sebab dia telah menelan darah daripada luka di mulutnya atau hidung berdarah dalam masa enam jam sebelumnya. Tetapi hubungi doktor anda jika masih terdapat darah dalam muntahnya atau jika jumlah muntah bertambah banyak. Doktor mungkin mahu melihat sampel muntah jika ia mengandungi darah atau hempedu, jadi walaupun ia bukanlah satu tugas yang menyenangkan, anda perlu mengambil sedikit untuk simpanan. Hempedu hijau mungkin menunjukkan usus tersumbat, satu keadaan yang memerlukan rawatan segera. • dan, muntah berterusan yang teruk pada bayi baru lahir dalam masa setengah jam selepas menyusu. Ini mungkin disebabkan oleh stenosis pilorus, satu penyebab muntah yang jarang berlaku dan ini bermula apabila bayi anda berusia beberapa minggu tetapi boleh berlaku bila-bila masa sahaja sebelum dia mencecah usia empat bulan. Bayi akan muntah apabila otot yang mengawal injap dari perut ke dalam usus telah menebal sehingga ia tidak akan buka sepenuhnya untuk kemasukan makanan. Masalah ini mudah diatasi dengan pembedahan minor tetapi ia memerlukan rawatan perubatan segera. Jangan terlalu risau mengenai perkara ini. Lambat-laun, setiap anak akan jatuh sakit dan selalunya ia tidak perlu dirisaukan kecuali jika dia muntah di atas kemeja baru anda. Seperti isu keibubapaan yang lain, anda akan biasa menghadapi semua ini. Bagaimanakah saya perlu hadapi muntah? Apabila bayi anda muntah, dia akan kehilangan banyak cecair. Penggantian cecair ini adalah penting supaya dia tidak akan ternyahhidrat. Berikan bayi anda larutan elektrolit (seperti Larutan Penghidratan Semula Oral tetapi tanya doktor anda untuk sebarang cadangan lain) atau cecair jernih atau jus epal yang telah dicairkan – semua ini mudah untuk diminum. Pakar-pakar telah mencadangkan pelan berikut:
• Apabila bayi anda telah berhenti muntah, berikan bayi anda air atau larutan elektrolit dalam jumlah yang sedikit (jika ada) setiap setengah jam hingga satu jam.
• Jika bayi anda boleh meminumnya, berikan dia sebanyak 2 auns / 50ml larutan elektrolit berselang-seli dengan 2 auns / 50ml cecair jernih setiap setengah jam.
• Selepas dia berjaya minum dos berikut tanpa muntah, tambah susu atau susu formula yang kurang pekat dan tambahkan kuantiti setiap susuan sehingga 3 atau 4 auns / 80-100ml setiap tiga atau empat jam. Jika bayi anda tidak muntah dalam masa 12 hingga 24 jam, anda boleh berikan dia diet biasanya semula tetapi berikan dia cecair yang banyak. Mulakan dengan makanan yang mudah dicerna seperti bijiran atau yogurt. Anda juga boleh cuba berikan cecair jernih beku seperti lolipop ais jika anak anda berusia lebih daripada 12 bulan. Tidur juga boleh menenangkan bayi anda; kandungan perut akan dikosongkan ke dalam usus semasa tidur, mengurangkan kehendaknya untuk muntah. Jangan berikan anak anda sebarang ubatan anti-loya (sama ada dipreskripsikan atau dibeli di kaunter) kecuali ahli pediatrik anda yang mempresripsikannya. Would you like to read the English version?
• sakit abdomen yang teruk
• abdomen yang bengkak
• lesu atau meragam yang teruk
• kekejangan
• muntah berterusan yang teruk atau muntah berterusan selama lebih 24 jam
• tanda-tanda penyahhidratan termasuk mulut yang kering, kurang air mata, kemurungan "titik lembut" di kepala bayi anda dan kurang kencing (menggunakan kurang daripada enam lampin sehari dari kencing);
• darah atau hempedu (bahan berwarna hijau) dalam muntah
Sedikit darah di dalam muntah selalunya tidak perlu dirisaukan. Ini boleh berlaku apabila kekuatan memuntahkan menyebabkan koyakan kecil dalam salur darah yang melapisi esofagus. Muntah bayi anda juga berwarna sedikit merah sebab dia telah menelan darah daripada luka di mulutnya atau hidung berdarah dalam masa enam jam sebelumnya. Tetapi hubungi doktor anda jika masih terdapat darah dalam muntahnya atau jika jumlah muntah bertambah banyak. Doktor mungkin mahu melihat sampel muntah jika ia mengandungi darah atau hempedu, jadi walaupun ia bukanlah satu tugas yang menyenangkan, anda perlu mengambil sedikit untuk simpanan. Hempedu hijau mungkin menunjukkan usus tersumbat, satu keadaan yang memerlukan rawatan segera. • dan, muntah berterusan yang teruk pada bayi baru lahir dalam masa setengah jam selepas menyusu. Ini mungkin disebabkan oleh stenosis pilorus, satu penyebab muntah yang jarang berlaku dan ini bermula apabila bayi anda berusia beberapa minggu tetapi boleh berlaku bila-bila masa sahaja sebelum dia mencecah usia empat bulan. Bayi akan muntah apabila otot yang mengawal injap dari perut ke dalam usus telah menebal sehingga ia tidak akan buka sepenuhnya untuk kemasukan makanan. Masalah ini mudah diatasi dengan pembedahan minor tetapi ia memerlukan rawatan perubatan segera. Jangan terlalu risau mengenai perkara ini. Lambat-laun, setiap anak akan jatuh sakit dan selalunya ia tidak perlu dirisaukan kecuali jika dia muntah di atas kemeja baru anda. Seperti isu keibubapaan yang lain, anda akan biasa menghadapi semua ini. Bagaimanakah saya perlu hadapi muntah? Apabila bayi anda muntah, dia akan kehilangan banyak cecair. Penggantian cecair ini adalah penting supaya dia tidak akan ternyahhidrat. Berikan bayi anda larutan elektrolit (seperti Larutan Penghidratan Semula Oral tetapi tanya doktor anda untuk sebarang cadangan lain) atau cecair jernih atau jus epal yang telah dicairkan – semua ini mudah untuk diminum. Pakar-pakar telah mencadangkan pelan berikut:
• Apabila bayi anda telah berhenti muntah, berikan bayi anda air atau larutan elektrolit dalam jumlah yang sedikit (jika ada) setiap setengah jam hingga satu jam.
• Jika bayi anda boleh meminumnya, berikan dia sebanyak 2 auns / 50ml larutan elektrolit berselang-seli dengan 2 auns / 50ml cecair jernih setiap setengah jam.
• Selepas dia berjaya minum dos berikut tanpa muntah, tambah susu atau susu formula yang kurang pekat dan tambahkan kuantiti setiap susuan sehingga 3 atau 4 auns / 80-100ml setiap tiga atau empat jam. Jika bayi anda tidak muntah dalam masa 12 hingga 24 jam, anda boleh berikan dia diet biasanya semula tetapi berikan dia cecair yang banyak. Mulakan dengan makanan yang mudah dicerna seperti bijiran atau yogurt. Anda juga boleh cuba berikan cecair jernih beku seperti lolipop ais jika anak anda berusia lebih daripada 12 bulan. Tidur juga boleh menenangkan bayi anda; kandungan perut akan dikosongkan ke dalam usus semasa tidur, mengurangkan kehendaknya untuk muntah. Jangan berikan anak anda sebarang ubatan anti-loya (sama ada dipreskripsikan atau dibeli di kaunter) kecuali ahli pediatrik anda yang mempresripsikannya. Would you like to read the English version?
ketika berusia 2 bulan
- Senyuman
awalan yang sebenar
- Senyuman pertama yang
sebenar adalah satu-satu pencapaian bayi yang menyeronokkan hati ibubapa.
Dari satu segi, ini merupakan ganjaran yang wajar. 'Dia mengenali
aku'
- Minat
berkembang terhadap objek yang kompleks
- bayi mula mengubah
kegemarannya terhadap objek dwi-warna kepada yang lebih rumit dan halus
dari segi desain, warna dan bentuk. Biarkan bayi anda melihat dan
menyentuh objek yang lebih bervariasi – pilihan yang baik ialah mainan
lembut dan bola gebu.
- Tidur dan
berjaga bagi tempoh yang lebih panjang
- Jika bayi anda kini
sudah mula tidur sepanjang malam, dia sudah boleh tidur untuk jangka
masa yang lebih panjang dan berjaga bagi masa yang panjang juga.
- Kebanyakan bayi berusia dua
bulan tidur antara dua hingga empat kali sehari dan berjaga untuk
sejumlah 10 jam sehari. Dia kini sudah boleh mengawal pergerakannya
dengan lebih baik.
- Anda akan
dapat melihat pergerakan lengan dan kaki bayi menjadi lebih lancar, dan
lebih membulat.
- Bayi dua bulan anda kini juga
sudah boleh menyambar objek dengan sedar.
ketika berusia 1 bulan
- Bayi anda
menegakkan kepalanya
- Sekarang, otot leher bayi
anda semakin kuat sehingga membolehkan dia menegakkan kepalanya untuk
masa-masa yang singkat.
- Meneroka
tangan dan kaki
- Semasa kelahiran,
bayi anda tidak memahami yang lengan dan kakinya adalah sebahagian
daripada tubuh badannya. Sekarang perubahan akan berlaku apabila bayi
mula meneroka badannya.
- Bayi amat gemar menghisap.
Mereka perlu menghisap. Sebenarnya, anda akan mendapati
bahawa puting berkesan untuk membantu bayi menenangkan dirinya
sendiri.
- Boleh membuat
bunyi
- Membuat bunyi-bunyi manja,
berdengus dan berlagu untuk melahirkan perasaannya.
- Pastikan anda juga membuat
bunyi-bunyian manja dan berdeguk bersama-sama, sambil bercakap berhadapan
dengannya. Setengah bayi juga sudah mula ketawa berdekah-dekah seawal
ini.
- Walaupun anda sedang
membuat kerja, dia tetap gembira mendengar suara anda dari seberang
bilik.
- Bayi mendengar dan sukakan
musik Memandangkan bayi anda berjaga untuk masa yang lebih panjang
di siang hari, anda boleh menggunakan masa-masa ini untuk merangsang
perkembangan derianya. Cuba nyanyikan puisi berima atau mainkan musik
untuknya. Bunyi loceng angin atau detikan jam juga akan menghiburkan
bayi. Lebih bervariasi hidangan anda, lebih kaya akan impaknya.
- Mata boleh
mengesan pergerakan objek sekarang
- Bayi anda sudah boleh
mengikuti objek yang bergerak, iaitu satu perkara yang dia sudah
melakukan untuk masa-masa yang singkat dari kelahiran lagi. Kelentong
biasa yang digerakkan di depan mukanya akan selalu memegunkannya.
- Atau anda boleh bermain
mata-ke-mata dengan menghampirinya dengan dekat dan mengerakkan kepala
anda dari sisi ke sisi; selalunya pandangan matanya akan tetap tertumpu
kepada mata anda.
perkembangan di awal kelahiran
- Tangan dan
kaki masih melengkuk
- Bayi anda yang baru
lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya
belum betul-betul lurus. Ini adalah normal, dan tangan dan kakinya akan
melurus apabila dia bertambah selesa dengan keadaan di luar perut anda.
- Refleksnya
yang masih primitif
- seperti menghisap dan
mengunyahkan tangannya/ Bayi baru lahir masih sedang mengubahsuaikan diri
kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim yang
selesa hangat dan selamat, dan inilah sebabnya kebanyakan bayi amat
gemarkan bedungan -- dibalut selamat dalam
selimutnya.
- Dikuasai
oleh kelaparannya
- Makanan adalah
perkara yang amat penting dalam kehidupan bayi baru lahir, dan tidur
adalah yang kedua penting.
- Kebanyakan bayi baru lahir
akan menyusu dua atau tiga jam sekali siang dan malam.
Pola tidur bayi seperti itu juga.
- Kebanyakan bayi baru lahir
tidur sejumlah 16 hingga 17 jam dalam masa 24 jam, tetapi ini meliputi
jumlah tidur yang tidak panjang masanya sebanyak lebih kurang lapan
kali.
- Menjelang akhir bulan, bayi
anda akan dapat menunjukkan satu pola menyusu dan tidur yang agak tetap.
Namun begitu, anda mungkin tidak mendapati sebarang pola yang tetap untuk
beberapa bulan lagi.
- Beberapa
bentuk komunikasi utama
- Dia giat mengekspresikan
dirinya dengan cara yang paling diketahuinya: menangis.
- Dia menghabiskan masanya
dengan melalui dan merentasi beberapa alam mengantuk, berjaga senyap dan
berjaga aktif.
- Sesudah melalui trauma
kelahiran, dia sekarang sedang cuba menguruskan kebanjiran pelbagai
rangsangan. Pada bulan ini bayi anda akan menjadi senyap dan tenang
apabila anda bercakap dengannya dengan suara lembut dan apabila anda
menegakkan badannya. Dia mungkin juga mengeluarkan bunyi "ah"
apabila dia mendengar suara anda dan melihat muka anda.
- Kebanyakan bayi suka
dipeluk, dibelai, dicium, diusap, diurut dan didukung. Sentuhan adalah
cara penting bagi anda berkomunikasi dengan bayi anda.
- Dia hanya melihat
wajah anda. Penglihatan bayi anda masih kabur dan samar-samar. Muka
anda adalah yang paling menarik baginya pada masa ini, selain dari objek
yang berkontras. Inilah sebabnya mainan hitam dan putih, dan
mainan gantungan dikenalkan. Sebenarnya, jangkauan penglihatan bayi baru
lahir hanya dalam lebih kurang 12 inci/30 sentimeter. Dalam erti kata
lain, bayi anda dapat melihat muka orang yang mendukungnya dengan jelas,
tetapi tak boleh nampak lebih jauh dari itu.
- Kajian menunjukkan bahawa
bayi lebih suka melihat muka orang daripada lain-lain pola atau warnaan.
Oleh itu, letakkan muka anda berhampiran dengan dengan bayi anda supaya
dia boleh mengkaji raut muka, hidung, mata dan mulut anda, dan
bercakaplah dengannya. Dari saat awal ini lagi, bayi telah boleh
mengecam muka dan gerak isyarat secara intuitif -- dan ada kalanya dia
mengajuk gerak-geri ini. Berilah bayi anda yang baru lahir peluang untuk
meniru dan mencontohi ekspresi muka anda dengan meletakkan muka anda
dekat dengan mukanya dan menjeler lidah atau meninggikan alis mata anda
beberapa kali. Kemudian ulangi. Berikan dia sedikit masa untuk meniru
ekspresi anda.
- Bayi anda akan menunjukkan
yang dia dirangsang berlebihan dengan menguap, mengalih pandangannya,
melengkuk badannya, memusing kepalanya, meragam atau menangis. Dia juga
akan memberitahu anda apa yang disukainya, dan percayalah, anda akan
memahami isyarat-isyaratnya dalam sedikit masa sahaja. Bayi kagum
akan refleksi mereka sendiri.
- Anda boleh menghiburkannya
dengan meletakkan cermin bayi yang tidak boleh pecah di katilnya untuk
dia bertatapan. Dia belum lagi dapat mengenali dirinya sendiri tetapi
akan memerhatikan pergerakan dalam cermin pada masa-masa tertentu. Gim
mainan yang dilengkapi dengan barang yang mampu menambat minat, barang
yang boleh dipukul dan mengeluarkan bunyi membolehkan bayi anda melatih
kemahiran mengkoordinasikan lengan, tangan dan jarinya -- dan dapat
mengurangkan kebosanan berbaring.
Subscribe to:
Posts (Atom)